Bismillahiramnirahim,
Alhamdulilah, bersyukur ke atas limpah rahmat serta nikmat masa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan jayanya.
Pertama, saya ingin mendedikasikan ucapan sekalung penghargaan ini kepada pensyarah saya yang dikasihi. Puan Noor Fazlinda Othman kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya kerana menyediakan pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberi saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga saya menyiapkan tugasan yang diberikan ini.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang membantu dan memberi peringatan terhadap apa yang saya alpa. Mereka banyak membantu dalam menjawab setiap persoalan yang saya utarakan.
Akhir madah, Saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Jasa baik kalian hanya Allah yang dapat membalasnya.
Jazakkalah Hukhoiran Kasiro.
Muhammad Farhannizami
Diploma Media Grafik
-
Masa kini, pembangunan animasi sama ada dalam bentuk 2 dimensi (2D) atau 3 dimensi (3D). Sangat berkembang pesat. Selari dengan pembangunan teknologi semasa yang terus berterusan menghasilkan sesuatu yang baru dan berinteraktif untuk memenuhi keperluan semasa.Permintaan untuk penghasilan animasi juga saban hari semakin meningkat ekoran pasaran semasa yang banyak membuka peluang untuk tenaga tenaga baru. Sama ada dari segi 2D atau 3D. Permintaan yang berdaya saing ini memberikan satu impak baru kepada hasil teknologi masa kini.Walaupun begitu. Penekanan kepada penghasilan sesuatu yang memberi intelektual kepada pengguna tidak banyak dihasilkan. Oleh itu. Tema teknologi hijau dipilih untuk memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada pengguna. Sama ada secara langsung atau tidak langsung.