Perkakasan merupakan perkara penting yang perlu ada untuk
membangunkan sesebuah animasi. Tanpa perkakasan yang betul dan tepat.
Penghasilan animasi mungkin tergendala dan memakan masa untuk disiapkan.
Bagi animasi berbentuk 3D. Perkakasan mestilah mengikuti
piawaan yang diperlukan. Ini kerana animasi 3D memerlukan perkakasan yang mampu
menyokong visual secara langsung tanpa ada sebarang masalah.
Kebiasaan bagi pembangun animasi 3D. Perkakasan seperti
computer haruslah di lengkapi sekurang-kurang nya internal core i3 dan keatas.
Disokong dengan kad grafik DDR atau NVIDIA. Kad grafik yang memenuhi kriteria
animasi 3D membantu pelukis untuk memberikan hasil yang lebih teliti dan
lancar.
Antara perkakasan yang boleh digunakan adalah iMac keluaran
syarikat Apple. iMac memenuhi kriteria yang diperlukan untuk pelukis memberikan
hasil yang terbaik.
iMac dilengkapi dengan core i5 bagi generasi pertama dan core i7 bagi generasi kedua. Paparan skrin yang bersaiz "21.5 inci" dan "27 inci" menjadikan setiap ruang untuk melukis animasi 3D dapat ditelitikan sebaik mungkin.
Antara perkakasan lain yang lebih menjerumus kepada pelukis
profesional adalah Wacom tablet pad. Perkakasan ini lebih mudah dan efektif
kerana bersifat pelantar sesentuh dimana pelukis boleh melukis seperti diatas kertas
dengan bantuan pen tanpa wayar yang disediakan. Penelitian kepada lukisan lebih
baik jika dibandingkan dengan kegunaan tetikus dan juga menjimatkan masa.
Waccom tablet mempunyai sensitivi dan sensor resolusi 2540 garis per inci. (1000/1cm) . Waccom tablet bersifat tanpa wayar dimana hanya berhubung dengan perkakasan komputer melalui wifi ataupun bluetooth.
Pen yang dibekalkan guna mempunyai fungsi pemadam dimana pelukis boleh memadam terus tanpa perlu bersusah payah menggunakan peranti lain.
Bagi golongan pelukis animasi yang telah lama berkecimpung
dalam bidang ini. Mereka lebih biasa menggunakan waccom cintiq touch.
Perkakasan ini lebih produktif bagi mereka yang mahu menghasilkan animasi. Ini
kerana skrin sesentuh yang terdapat pada waccom cintiq touch ini sangat
memudahkan pelukis untuk menghasilkan animasi yang terbaik. Skrin sesentuh
yang dipacukan dengan pen tanpa wayar ini memberikan pelukis satu dimensi baru
dalam bidang animasi dimana mereka melukis secara terus untuk penghasilan yang bermutu
tinggi.
Antara jenama popular yang menyediakan waccom skrin sesentuh ini adalah syarikat cintiq. Ciri ciri yang disediakan untuk pelukis grafik sangat memudahkan. Antara ciri ciri yang boleh diperolehi adalah 'Tilt sensitive pen' yang berfungsi untuk zoom hanya dengan menggerakkan pen. Paparan muka juga bersifat 24HD yang menyokong sehingga 1.6 juta warna.
Suara latar atau pun suara watak animasi memberikan pengguna lebih banyak ruang untuk berinteraktif dengan animasi yang dihasilkan. Penggunaan mikrofon membolehkan suara dirakam untuk digunakan dalam animasi.
'Microphone Directional' menjadi pilihan tampak utama kerana sensor dan frekuensinya yang hanya berfungsi pada arah depan dan sudut sudut kecil disekelilingnya. Mampu menrakam frekuensi sehingga 2.4ghz untuk gelombang jarak dekat.
Untuk menjadikan animasi itu tampak lebih santai untuk pengguna. 'Audio mixer' boleh digunakan untuk menjadikan suara itu besar atau halus. Mungkin juga menghasilkan suara yang lebih comel. Antara 'Audio Mixer' yang disarankan bagi kegunaan animasi 3D adalah Midas Venice 320 Audio Mixer.
Selesai menghasilkan animasi. Paparan visual dan audio boleh disiarkan melalui televesion. television HD 720 atau 1080 sudah memandaikan untuk menyokong paparan animasi 3D.





