Rss Feed
  1. Perisian merupakan satu medium yang perlu ada bagi menghasilkan animasi. Perisian diperlukan untuk melakar, membentuk, dan lain lain. Pemilihan perisian yang tepat boleh memberikan hasil kerja yang memenuhi kriteria pelanggan mahupun pasaran.


    Kebiasaan bagi golongan pelukis animasi. Maya Autodesk tidak asing lagi kerana perisian ini menyediakan segala kelengkapan untuk menghasilkan animasi. Maya Autodesk ini mampu memudahkan dan menjimatkan masa pelukis animasi. Perisian ini biasanya digunakan bagi menghasilkan sesuatu lakaran yang mempunyai pergerakan yang banyak. Sebagai contoh, tubuh manusia, watak kartun dan sebagainya.



    Maya Autodesk terhasil daripada The Advanced Visualizer yang dikeluarkan daripada syarikat Wavefront Technologies PowerAnimator. Untuk menjalankan perisian ini. Perkakasan sekurang-kurangnya mesti dilengkapi dengan processor intel premium 4 atau lebih besar. Mempunyai grafik kad NVDIA geforce atau DDR.


    Untuk menghasilkan karakter. Pemilihan lightwave 3D memudahkan dan membantu pelukis untuk menghasilkan karakter yang lebih realistik yang lebih bersifat realistik.Paparan antaramuka yang mudah digunakan menjadikan Lightwave 3D ini satu perisian yang banyak diguna pakai bagi penghasilan sesuatu lakaran latar seperti lakaran bangunan, gunung-ganang dan lain lain.






    Untuk menghasilkan perkataan animasi huruf bergerak, mahupun abjad yang bersifat 3D. Boleh juga digunakan bagi menghasil objek objek ringkas. K 3D boleh digunakan bagi mereka yang amatur atau pun yang profiesional. K 3D antara perisian asas yang digunakan untuk amatur amatur melukis lakaran 3D seterusnya dimasukkan ke dalam animasi.